Norsyahirah Marzuki


Putrajaya: Pemandu parah apabila bas dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh jejambat menuju ke Bangunan Perdana Putra di Lebuh Perdana Barat Presint 1, 1.20 tengah hari tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairel Azman Not berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.28 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian pada jam 1.41 tengah hari.

"Dua jentera dikerah ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, kami dapati seorang lelaki yang juga pemandu bas berkenaan tersepit di bawah tempat duduknya.

"Kami mengambil masa lebih 10 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan 'rapid tender' dengan bantuan 11 anggota," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan pada 2.05 petang dan dihantar ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun tiada penumpang di dalam bas ketika kejadian itu dan punca kejadian belum diketahui," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 4:11 PM
BAS merempuh jejambat selepas pemandunya hilang kawalan. FOTO Fariz Iswadi Ismail
BAS merempuh jejambat selepas pemandunya hilang kawalan. FOTO Fariz Iswadi Ismail