Kuala Lumpur: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menandatangani dua perjanjian pengedaran untuk graphene ultra berkualiti tinggi di mana ia akan menjadi peneraju dalam revolusi pembuatan membabitkan industri minyak dan gas, pembinaan, elektronik, pertahanan, penerbangan dan automotif.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata, pihaknya turut menjalinkan Perkongsian Pemaju Pembekal bersama pengeluar untuk membangun dan menghasilkan paten bersama bagi aplikasi pembuatan tertentu dengan menggunakan Harta Intelektual (IP) dan asas pengetahuan saintifik FGV.

Menurutnya, bahan terkini daripada produk minyak sawit mentah, graphene dan produk seperti Carbon Nanotubes (CNT) lebih konduktif daripada tembaga dan kuat daripada berlian, sekali gus menjadikan ia komponen ideal untuk aktiviti pembuatan bernilai tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:07 AM