Bagaimana populariti Baekhyun, Suho dan Chen? Adakah mereka dikenali peminat ke mana saja mereka pergi dan adakah mereka dikenali di seluruh dunia?

Persoalan itu diajukan DJ Yoon In Na kepada tiga anggota kumpulan EXO itu ketika mereka menjadi tetamu program bual bicara radio KBS Cool FM, Yoo In Na’s Volume Up pada 15 April lalu.

Baekhyun secara jujur berkata, masyarakat tidak mengenalinya apabila dia tidak mengenakan solekan.

Chen pula berkata, mereka belum melakukan jelajah dunia dan banyak negara serta bandar yang belum dikunjungi.

“Kami tidak fikir orang mengenali kami di mana-mana pun,” kata Chen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:07 AM