HOWE (kiri) dan Ketua Pemasaran Peranti Microsoft Pan Asia, Gary Chan pada pelancaran model Lumia.
HOWE (kiri) dan Ketua Pemasaran Peranti Microsoft Pan Asia, Gary Chan pada pelancaran model Lumia.

Kuala Lumpur: Microsoft Devices Group optimis mengukuhkan posisi sebagai peneraju dalam segmen mudah alih berciri khusus didorong strategi penyediaan peranti yang fleksibel kepada pengguna.

Ia bakal dilihat dengan kehadiran tiga telefon pintar baru berasaskan sistem operasi Windows Phone di Malaysia melalui model Lumia 640, 640 XL dan 430 yang masing-masing dijual pada harga RM739, RM929 dan RM319.

Pengurus Besar Microsoft Mobile Devices Sales Malaysia, Singapura dan Brunei, Bruce Howe berkata, selepas penggabungan Microsoft dan Nokia sebelum ini, pihaknya bersedia menghasilkan produk serta aplikasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

“Kami mempunyai barisan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna berbeza,” katanya ketika melancarkan ketiga-tiga produk itu di Kuala Lumpur, semalam.

Lumia 640 dilengkapi skrin 5.0 inci bersama kamera 8 megapiksel (MP) manakala 640 XL menggunakan skrin 5.7 inci dan kamera 13MP serta lensa jenis Zeiss. Kedua-duanya datang dengan bateri 2500mAh dan 3000mAh serta boleh dikemaskini kepada Windows 10 pada masa depan.

Sementara itu, Lumia 430 mempunyai pemprosesan Qualcomm Snapdragon 200 dual core 1.2GHz bersama slot kad memori mikroSD sehingga 128GB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 7:43 AM