SAMSUNG GALAXY S6 EDGE
SAMSUNG GALAXY S6 EDGE
HTC ONE M9
HTC ONE M9
SONY XPERIA M4 AQUA
SONY XPERIA M4 AQUA
NOKIA LUMIA 640 XL
NOKIA LUMIA 640 XL
LENOVO VIBE SHOT
LENOVO VIBE SHOT
ALCATEL IDOL3
ALCATEL IDOL3

Oleh Afiq Hanif

1. Samsung Galaxy S6 Edge

Galaxy S6 Edge sudah pasti mencuri tumpuan di MWC 2015 meskipun berkongsi spesifikasi yang hampir sama dengan S6 biasa.

Rekaan lengkung di kiri dan kanan membuka inovasi mantap dari syarikat Korea terbabit.

Ia dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, Exynos tetapi dengan rekaan 14mm yang lebih efisien tenaga serta berprestasi tinggi

di samping RAM 3GB DDR4 lebih pantas daripada biasa digandingkan bersama storan UFS2.0 dikhabarkan lebih laju dari storan eMMC 5.0 yang biasa.

Titik yang mengujakan, Galaxy S6 ini bukan saja kuasa dalaman malah reka bentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem apabila Samsung menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri.

S6 turut diberi binaan baru, dengan penggunaan gelas Corning Gorilla 4 bukan saja di depan tetapi di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

2. HTC One M9

Meskipun sedikit mengecewakan, HTC One M9 masih peranti yang boleh dimiliki jika anda peminat syarikat Taiwan terbabit atau mahu menukar M7 kepada model baru dengan CPU Qualcomm Snapdragon 810 64-bit bersama RAM 3GB.

Dari segi rekaan, ia memang tidak jauh berbeza dengan model M8 sebelum ini namun terdapat warna baru diperkenalkan iaitu merah jambu yang sesuai untuk wanita.

Perbezaannya hanya pada bahagian belakang yang dikatakan lebih tahan lasak dan cantik.

3. Sony Xperia M4 Aqua

Sony Mobile Communications melancarkan Xperia M4 Aqua yang juga telefon kalis air pertama Sony tanpa memerlukan penutup USB untuk melindunginya.

Ia mempunyai kamera 13MP dikuasakan Sony Exmor RS dengan apertur F2.0 serta ISO 3200. 52 mod senario berbeza pula tersedia dengan rakaman pada pencahayaan rendah menjadi nadi utama kamera ini.

Kamera depan 5MP memang sesuai untuk selfie dengan lensa lebar cukup untuk memasukkan ramai orang dalam satu gambar manakala fungsi Portrait Retouch membenarkan suntingan mencantikkan wajah dan fungsi Movie Creator untuk menggabungkan foto dan video serta audio.

4. Lumia 640 XL

Produk Microsoft, Lumia 640 XL dilancarkan secara rasmi di MWC 2015 dengan menggunakan pemproses 1.2GHz quad-core Snapdragon 200, RAM sebanyak 1GB dan kamera depan 720p untuk selfie menarik.

Lumia 640 XL menggunakan skrin 5.7 inci dan kamera 13MP serta lensa Zeiss datang dengan bateri 3000mAh serta boleh dikemas kini kepada Windows 10 sebaik saja ia tiba kelak.

5. Lenovo Vibe Shot

Vibe Shot dikatakan Lenovo sebagai telefon pintar paling nipis iaitu 7.3mm yang menggabungkan fungsi kamera biasa.

Ia disasarkan untuk pengalaman kamera pada telefon dengan saiz 5 inci pada paparan 1080p yang disediakan pada Gorilla Glass pada bahagian depan dan belakang.

Dalamnya disediakan dengan set cip 64-bit Snadragon 615 yang mempunyai RAM 3GB dengan storan 32GB di samping bateri 2900mAh.

Sudah pasti anda tertanya-tanya resolusinya? Ia disediakan dengan 16MP pada enam jenis modular lensa dan flash LED macam kamera biasa dan ia merakam baik pada pencahayaan rendah dengan penstabil imejnya. Kamera depan pula 8MP.

6. Alcatel Idol 3

Alcatel melalui OneTouch Idol melakukan rombakan besar-besaran bagi model versi ketiga Idol.

Kali ini, ia datang sudah siap dengan Android 5.0 Lollipop di samping kamera 13 megapiksel dan bateri sebanyak 2910mAh pada skrin 5.5 inci

INFO

SAMSUNG GALAXY S6 EDGE

- Harga: anggaran RM2,999

- Skrin: 5.1’’ Quad HD(2560x1440) 577ppi, Super AMOLED, dwi bucu

- Pemprosesan: Quad 2.1GHz + Quad 1.5Ghz, octa core

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Kamera: 16MP, 5MP (depan)

- RAM: 3GB, LPDDR4

- Memori: 32/64/128GB

- Sambungan: Pengecas tanpa wayar

- Dimensi: 142.1 x 70.1 x 7.0mm

- Berat: 132 gram

- Bateri: 2600mAh

HTC ONE M9

- Harga: anggaran RM2,499

- Dimensi: 144.6 x 69.7 x 9.61mm

- Paparan: 5 inci, HD penuh 1080p

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810 octa core, 4 x 2GHz + 4 x 1.5GHz 64bit

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD

- RAM: 3GB

- Kamera: 20MP, Ultrapiksel (depan)

- Bateri: 2840mAh

SONY XPERIA M4 AQUA

VHarga: anggaran RM1,499

- Paparan: 5 inci 1280 x 720 piksel

- Pemprosesan: Qualcomm MSM8939 1.5GHz, 64bit octa core

- GPU: Adreno 405

- RAM: 2GB

- Memori: 8/16GB, slot kad memori mikroSD

- Kamera: 13MP, 5MP (depan)

NOKIA LUMIA 640 XL

- Harga: anggaran RM1,240

- Dimensi: 157.9 x 81.5 x 9mm

- Paparan: 5.7 inci

- Kamera: 13MP, 5MP HD penuh (depan)

- Memori: 8GB, slot kad mikroSD

- OS: Windows Phone 8.1 dengan Lumia Denim

- Pemprosesan: Quad-core 1.2GHz

- RAM: 1GB

- Bateri: 3000mAh

LENOVO VIBE SHOT

- Harga: Anggaran RM1,299

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 615, 1.7GHz octa core

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Skrin: 5 inci FHD IPS

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB, kad memori mikroSD

- Kamera: 16MP, 8MP (depan)

- Bateri: 2900mAh

- Berat: 145g

- Dimensi: 142 x 70 x 7.3mm

- Ciri: dwi SIM

ALCATEL IDOL3

- Harga: anggaran RM700

- Dimensi: 152.7 x 75.14 x 7.4mm

- Paparan: 5.5 inci FHD 1920 x 1080 IPS

- OS: Android 5.0.2 Lollipop

- Rangkaian: GSM (850/900/1800/1900) UMTS (850/900/1900/2100), LTE FDD (Bands 1/3/7/8/20)

- Pemprosesan: Qualcomm Octa Core (1.5GHz + 1 GHz)

- Sambungan: 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.1

- Kamera: 13MP, 8MP (depan)

- Memori: 10GB, slot kad mikroSD

- RAM: 2GB

- Bateri: 2910 mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 11:41 AM