LUMIA 950 XL
LUMIA 950 XL
LUMIA 950
LUMIA 950
Oleh Afiq Hanif

Microsoft Malaysia melancarkan dua telefon pintar ter­baru, Lumia 950 dan 950 XL yang menggunakan sistem operasi Windows 10.

Lumia 950 mempunyai saiz skrin 5.2 inci manakala XL dilengkapi skrin 5.7 inci.

Kedua-duanya dijual pada harga RM2,699 serta RM2,999 dan boleh dibeli melalui Lazada, Microsoft Store dan pelan khas Digi.

Telefon pintar ini mempunyai kamera beresolusi 20 megapiksel di belakang serta 5.0 megapiksel di depan serta lensa Zeiss.

Ia dilengkapi pengecas Type-C untuk mengecas dan memindahkan data lebih pantas.

Hebatya, ia menggunakan Continuum iaitu ciri Windows 10 yang apabila disambung ke mana-mana bentuk paparan menggunakan sambungan USB bertindak seperti CPU kecil.

Kemudian anda boleh menonton kandungan dalam telefon menggunakan ‘universal app’ yang ada dalam Continuum itu sendiri.

INFO

LUMIA 950

- Harga: RM2,699

- Paparan: 5.2 inci WQHD AMOLED, 564ppi

- Kamera: 20MP, 5MP (depan)

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 808 hexa-core 1.8GHz

- OS: Windows 10

- Dimensi: 145 x 73.2 x 8.2mm

- RAM: 3GB

- Bateri: 3000mAh

- Sambungan: USB Type-C

LUMIA 950 XL

- Harga: RM2,999

- Paparan: 5.7 inci WQHD TrueColor AMOLED, 518ppi

- Kamera: 20MP, 5MP (depan)

- Memori: 32GB, slot kad mikroSD

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810 octa core 2.0GHz

- OS: Windows 10

- Dimensi: 151.9 x 78.4 x 8.1mm

- RAM: 3GB

- Bateri: 3340mAh

- Sambungan: USB Type-C

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:48 AM