KEADAAN Proton Waja dinaiki empat beranak yang maut dalam kemalangan dengan lori. FOTO ihsan polis
KEADAAN Proton Waja dinaiki empat beranak yang maut dalam kemalangan dengan lori. FOTO ihsan polis
Oleh Syazwan Msar


Rompin: Empat beranak maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan lori dalam kejadian di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Bandar Muadzam Shah, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 5.30 pagi tadi menyebabkan mangsa, Rohaizan Paimon, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Turut maut, isterinya, Sallyza Hakim Lokma Nulhakim 32, dan dua anak pasangan terbabit Nur Allysha Adrieanna Hakim Rohaizan, 6, dan Muhammad Nur Orfan Danish Hakim Rohaizan, 4.

Semua mangsa berasal dari Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku apabila semua mangsa yang menaiki kereta dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, Rohaizan yang memandu kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Akibat kejadian itu mangsa bertembung dengan lori menyebabkan mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 1:11 PM