ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan dinaiki dua warga Mynmar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Serating, Marang. FOTO Rosli Ilham
ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan dinaiki dua warga Mynmar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 36, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Serating, Marang. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham

Marang: Dua lelaki warga Myanmar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 36, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Serating, di sini, 2.40 petang ini.

Azam Shah Mohd Islam, 19, bersama penumpang, Ismail Kassim, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Azam Shah yang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.

Kejadian itu menyebabkan kereta dinaiki dua mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dari arah Dungun.

Pemandu lori berusia 44 tahun yang mengalami sakit di dada dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 7:17 PM