PASPORT mempunyai permit palsu yang dirampas polis. FOTO L Manimaran
PASPORT mempunyai permit palsu yang dirampas polis. FOTO L Manimaran
MASZELY (tengah) menunjukkan permit kerja palsu yang dirampas. FOTO L Manimaran
MASZELY (tengah) menunjukkan permit kerja palsu yang dirampas. FOTO L Manimaran
Oleh Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Polis menumpaskan sindiket pemalsuan permit pekerja warga asing dalam beberapa serbuan di Sitiawan, Manjung dekat sini pada Jumaat lalu dan merampas 63 pasport selain menahan 20 individu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Konersil Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, serbuan dijalankan bermula kira-kira jam 1.30 pagi dengan menahan kereta dinaiki tiga lelaki warga India.

Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri selain pemeriksaan terhadap kenderaan menemui 60 pasport.

"Susulan daripada penemuan itu polis menjalankan beberapa serbuan lagi di sekitar Setiawan dan berjaya memberkas 16 lagi warga asing dan seorang warga tempatan berusia 46 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, turut dirampas pelbagai dokumen lain serta peralatan seperti mesin pengimbas, komputer riba dan lain-lain lagi.

Katanya, kes diklasifikasi mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan akan disiasat mengikut beberapa akta lain.

"Orang ramai terutama majikan dalam sektor pembinaan di daerah Manjung diminta membuat laporan polis segera sekiranya mensyaki pekerja mereka dibekalkan sindiket ini bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 3:51 PM