YUNUS menunjukkan mercun yang  dirampas pihak kastam.
YUNUS menunjukkan mercun yang dirampas pihak kastam.
YUNUS menunjukkan mercun yang dirampas pihak kastam.
YUNUS menunjukkan mercun yang dirampas pihak kastam.
Oleh Norasikin Daineh


Tawau: Jabatan Kastam Sabah merampas 1,448 kotak mercun bernilai lebih RM162,000 dalam satu serbuan di gudang di kawasan Ranggu, 4 Februari lalu.

Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Yunus Tahir berkata, serbuan dilakukan kira-kira 4 petang selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

"Dalam serbuan terbabit, pihak kastam menemui bunga api seberat lebih 10,800 kilogram yang disyaki barangan seludup dan belum dilulus kastam.

"Pihak kita juga percaya bahawa bahan mercun ini dibawa seludup masuk dari China untuk pasaran tempatan sempena perayaan Tahun Baru Cina," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasa Kastam Tawau, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, Yunus berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes masih dalam siasatan pihaknya mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang-barang larangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 10:59 AM