MARCUS Rashford. FOTO AFP
MARCUS Rashford. FOTO AFP
AFP

London: Marcus Rashford terpaksa membayar harga tinggi selepas musim yang hambar apabila penyerang Manchester United itu tidak tersenarai dalam skuad 33 pelatih England oleh pengurus, Gareth Southgate untuk Euro 2024.

Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson dan kapten Chelsea, Reece James adalah antara nama besar lain yang terlepas dari skuad itu, di mana ia mesti dikurangkan kepada maksimum 26 pemain sebelum kejohanan di Jerman bermula.

Adam Wharton dari Crystal Palace dipanggil kali pertama selepas aksi cemerlang bersama Eagles dalam saingan Liga Perdana.

Jarrad Branthwaite dari Everton dan dua pemain Liverpool, Jarell Quansah serta Curtis Jones, adalah antara pemain yang juga belum pernah beraksi bersama skuad England terpilih membarisi skuad kali ini kerana Southgate kekurangan pilihan di bahagian pertahanan.

England akan berdepan Bosnia Herzegovina pada 3 Jun dan Iceland empat hari kemudian sebelum berlepas ke Jerman, di mana mereka adalah salah satu pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan itu.

Pilihan yang banyak untuk Southgate di bahagian serangan bermakna Rashford terlepas beraksi dalam kejohanan antarabangsa utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 2014.

Rashford hanya menjaringkan lapan gol dalam 42 penampilan untuk kelabnya musim ini dan baru-baru ini kembali pulih daripada kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 10:14 PM