ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mangsa bot karam di Pantai Damai, semalam.
ANGGOTA bomba dan penyelamat mengusung mangsa bot karam di Pantai Damai, semalam.
Oleh Alias Abd Rani

Santubong: Dua beradik terpaksa mengerah kudrat berenang sejauh 800 meter menuju pantai bagi mendapatkan bantuan menyelamatkan seorang saudara kandung mereka selepas bot dinaiki rosak sebelum karam dipukul ombak di Pantai Damai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Rapi Maas, 30, sempat berpaut pada bot manakala abang dan adiknya, Suhardi, 34, dan Mahyan, 27, terpaksa berenang ke pantai bagi mendapatkan bantuan kecemasan daripada kakitangan pengurusan sebuah hotel berdekatan.

Difahamkan, sebelum kejadian ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan dari Kampung Santubong, di sini, untuk keluar memukat ikan tidak jauh dari pantai, namun secara tiba-tiba enjin bot yang mereka naiki rosak.

Sumber berkata, dalam masa beberapa minit selepas insiden itu, bot dinaiki mereka kemudian terumbang-ambing akibat dipukul ombak sebelum terbalik.

“Dua daripada mereka kemudian mengambil keputusan berenang ke darat manakala seorang lagi sempat berpaut pada bot sebelum diselamatkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 January 2015 @ 6:34 AM