Terkejut Sha bila dapat tahu seorang pelakon yang kini aktif di belakang tabir meng­alami masalah pedofilia, sejenis gangguan psikologi dalam kala­ngan individu dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak belum baligh.

Dalam erti kata lain, golongan ini menggunakan kanak-kanak sebagai pemuas nafsu. Menakut­kan, bukan?

Sha hilang kata-kata apabila mengetahui perihal pelakon suam-suam kuku ini. Tengok muka nampak seperti pijak semut pun tak mati, rupa-rupanya dalam diam dia obses dengan kanak-kanak.

Tak pasti pula berapa ramai kanak-kanak jadi 'peneman' tetapi Sha difahamkan, dia memang suka angkut mereka ke sana-sini. Sekali pandang memang nampak dia berjiwa penyayang, tak sangka pula sayang ada makna.

Menerusi satu sumber, Sha dapat tahu dia kini rapat de­ngan selebriti kanak-kanak terkenal. Pendek kata, kalau datang ke Kuala Lumpur, artis cilik itu akan mencarinya kerana mereka rapat.

Maklumlah, pelakon ini berjanji mahu membantu selebriti cilik ini mengembangkan kariernya dan ia umpan untuk menghabiskan banyak masa dengannya.

Disebabkan memang mahu mencari rezeki, artis cilik ini terpaksa menuruti segala kehendak pelakon ini walaupun dalam hati tidak suka.

Dalam situasi sekarang, dia sememangnya terdesak mencari kerja demi kelangsungan hidup. Lagipun, pelakon ini aktif di belakang tabir dan ada banyak lubang yang boleh melonjakkan namanya.

Kegilaan apakah ini? Sungguh menjijikkan dan Sha percaya lambat-laun aktiviti tidak senonoh pelakon ini akan terbongkar juga.

Menurut cerita sumber, mana yang rapat dengan pelakon ini tahu tabiat buruknya dan ada yang buka mulut kepada orang lain.

Benda panas sebegini sekejap saja pasti tersebar. Bagaimana agaknya reaksi dia ya, adakah seperti cacing kepanasan? Kita te­ngok saja nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:00 AM