KANAK-kanak dirai bersama pihak pengurusan eCurve.
KANAK-kanak dirai bersama pihak pengurusan eCurve.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang tinggal beberapa hari lagi, 20 kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Petaling Jaya diraikan meriah dalam satu acara khas anjuran pusat beli-belah ternama, eCurve, baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit diberikan potongan rambut penuh bergaya sebaik tiba di pusat beli-belah itu oleh pendandan rambut professional daripada salun The S’Pro Hairdressing.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka selepas selesai proses menggunting rambut sebelum dibawa menuju CP Arcade eCurve untuk sesi bermain.

Sorakan dan riang tawa kanak-kanak terbabit jelas kedengaran ketika mereka bermain pelbagai jenis permainan yang ditawarkan di situ.

Tetamu cilik terbabit nyata menikmati keindahan Centre Atrium yang dihiasi dengan warna merah dan merah jambu, bersesuaian dengan kempen Tahun Baru Cina eCurve iaitu ‘Vibrant Vibes - A CNY Pop Show.’

Seiring dengan tema penuh kemeriahan, kanak-kanak itu kemudian dihiburkan dengan persembahan tarian muzik bertenaga Vibrant Vibes yang mempesonakan dengan persembahan muzik pop, nya­nyian dan kostum berwarna cerah.

Selepas tamat persembahan, kanak-kanak itu kemudian bersorak kegirangan apabila wang angpau dan hadiah Tahun Baru Cina.

Acara istimewa pada hari itu diakhiri dengan sajian makan malam yang lazat khas untuk kanak-kanak dan penjaga mereka di restoran Korea, Pelicana Chicken yang menawarkan ayam goreng dan pelbagai hidangan lazat lain.

Menurut Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham Ahmad, pihaknya gembira dapat berkongsi keriangan bersama kanak-kanak terbabit.

“Musim perayaan adalah waktu apabila ahli keluarga dan rakan saling berkumpul. Kami berbesar hati kerana dapat berkongsi keseronokan ini bersama tetamu cilik kami.

“Kami turut gembira mengetahui mereka terhibur de­ngan semua aktiviti yang disediakan pada berharap mereka pulang dengan membawa kenangan yang indah di eCurve,” katanya.

Sepanjang kempen Tahun Baru Cina eCurve bermula 8 Januari hingga 9 Februari ini, persembahan tarian singa akrobatik yang menakjubkan dipersembahkan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Pelbagai promosi dan tawaran menarik menanti pengunjung di Centre Atrium, termasuk pakaian, hiasan dan barangan Tahun Baru Cina.

Sepanjang kempen ini juga, pelanggan yang membelanjakan RM150 ke atas dalam maksimum dua resit berpeluang untuk menebus gula-gula dan peket angpau istimewa daripada eCurve. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2016 @ 5:01 AM