KANAK-KANAK yang mempunyai empat kaki dan tangan yang dibantu dibantu Sonu Sood. FOTO Twitter Sonu Sood.
KANAK-KANAK yang mempunyai empat kaki dan tangan yang dibantu dibantu Sonu Sood. FOTO Twitter Sonu Sood.
Agensi

New Delhi: Kisah kanak-kanak India yang mempunyai empat tangan dan kaki yang tular di media sosial bukan hanya meraih perhatian warganet bahkan, pelakon dan produser Bollywood, Sonu Sood yang tersentuh dengan nasib kanak-kanak perempuan berkenaan sanggup berhabis untuk membiayai kos rawatan si cilik itu.

Dalam video yang tular, budak berusia dua setengah tahun itu dikatakan memiliki kaki dan tangan tambahan sejak dilahirkan.

Dia pula datang daripada keluarga miskin yang tinggal di Nawada, Bihar, sekali gus menyukarkan menerima rawatan sewajarnya.

Ibu bapanya tidak mampu membiayai kos rawatan sebelum nekad menghubungi SDO Nawada untuk bantuan.

Sonu yang mengetahui perkara itu akhirnya membawa kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan pakar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 6:30 AM