FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Jejabi, Banggol, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.46 petang itu sebuah kereta jenis Proton Iswara turut musnah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohammad Shamsudin Ismail berkata, sebaik menerima maklumat, pihak bergegas ke lokasi kejadian bersama 24 anggota termasuk lima dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pasir Tumboh.

"Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan usaha memadamkan kebakaran terus dijalankan

"Api berjaya dikawal jam 4.18 petang dan dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian," katanya ketika dihubungi Harian Metro tadi.

Menurutnya,tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 9:45 PM