BARISAN pemain SSTMI meraikan kejayaan mereka
BARISAN pemain SSTMI meraikan kejayaan mereka

Kuala Kangsar: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) muncul juara Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7's 2024 selepas mencatat kemenangan 36-5 ke atas juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga/Akademi Ragbi Selangor (Aras).

Kejayaan ini menyaksikan SSTMI bergelar juara buat kali kelima selepas pernah muncul juara pada 2011, 2012, 2016 dan 2017.

SSTMI dilihat mendominasi saingan kali ini dengan mencatat kemenangan meyakinkan sepanjang tiga hari kejohanan di Padang Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Pada aksi final, SSTMI mempamerkan prestasi sebenar dengan serangan bertali arus sehingga ARAS tidak mampu membalas.

Babak pertama menyaksikan SSTMI mencatat dua try dan dua conversion untuk mendahului dengan selesa 24-0.

Pada babak kedua, SSTMI memastikan dua lagi conversion dan mengesahkan kemenangan meyakinkan 36-5.

Sementara itu, Anas Zulqarnain Mizan tetap membanggakan ARAS apabila dinobatkan selaku Pemain Terbaik manakala pemain STMI, Arief Anaqi Anuar dinamakan Pemain Terbaik Perlawanan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 9:36 PM