AKSI pemain Pahang Rangers, Felipe de Souza (kiri) Selangor FC pada perlawanan perlawanan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam. FOTO MOHD RAFI MAMAT
AKSI pemain Pahang Rangers, Felipe de Souza (kiri) Selangor FC pada perlawanan perlawanan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pemain Pahang Rangers FC memberi persembahan terbaik, cuma nasib tidak berpihak apabila tewas 5-6 pada Selangor FC pada saingan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam, semalam.

Turun selaku juara bertahan, skuad bimbingan jurulatih, Gerard Casas dikejutkan dengan kebangkitan tuan rumah yang menghasilkan empat gol hanya selepas 10 minit sepak mula perlawanan.

Tersentak dengan prestasi cemerlang dipamerkan lawan, barisan pemain Tok Gajah berusaha bangkit dan akhirnya mereka menghasilkan tiga gol untuk merapatkan kedudukan dan menutup babak pertama dengan ketinggian 3-6.

Kebangkitan Pahang Rangers mula berlaku pada babak kedua namun usaha mereka banyak disekat pasukan tuan rumah, hanya satu gol sahaja dapat dihasilkan untuk menamatkan perlawanan penuh debar tewas tipis 5-6.

Pada perlawanan pusingan pertama sebelum ini Tok Gajah tewas tipis 3-4 keatas Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kini berada pada kedudukan teratas liga MPFL.

Menurut Casas, pemainya telah memberi persembahan terbaik cuma nasib tidak banyak berpihak pada mereka apabila tewas tipis 5-6. Lawan bijak mengambil.kesempatan bermain digelanggang sendiri.

"Awal babak pertama kita sedikit leka apabila lawan berjaya menghasilkan empat gol dalam masa sepuluh minit, hanya selepas itu pemain mula bangkit untuk merapatkan kedududukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 9:03 PM