DUA rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku. FOTO Ihsan Pembaca
DUA rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku. FOTO Ihsan Pembaca
Muhamaad Razis Ismail


DUA rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian 4.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.53 petang sebelum 24 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba rumah berkembar separuh kekal, sudah 90 peratus terbakar dan api masih lagi marak.

"Operasi pemadaman terus dijalankan dan api dapat dikawal pada 5.16 petang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM200,000 dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Jun 2018 @ 9:51 AM