PASUKAN Denmark. FOTO Agensi
PASUKAN Denmark. FOTO Agensi
Reuters

Dortmund, Jerman: Ketumpulan jentera hadapan jelas masalah utama dihadapi Denmark sepanjang saingan Euro 2024 termasuk kekalahan 2-0 kepada Jerman di pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.

Walaupun beraksi baik di peringkat kelayakan Euro, namun apabila beraksi di kejohanan sebenar Denmark gagal mempamerkan rentak sama apabila gagal mencatatkan sebarang kemenangan termasuk di Piala Dunia 2022 lalu.

Malah, situasi sama turut berlaku di Jerman apabila Denmark tidak mencatat sebarang kemenangan sebaliknya hanya meraih tiga seri dan hanya meledak dua gol.

"Saya kecewa, sepatutnya saya boleh menjaringkan gol ketika menentang Jerman di mana beberapa peluang gagal dimanfaatkan.

"Saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas bahu saya kerana gagal membantu pasukan. Saya masih muda dan ini pentas terbesar yang pertama buat saya," katanya selepas tewas di tangan Jerman.

Pada aksi dengan Jerman itu, kedua-dua pasukan buntu di babak pertama untuk mengakhiri aksi tanpa jaringan.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Jerman tampak lebih mengancam apabila mendahului menerusi sepakan penalti Kai Havertz pada minit 53 sebelum Jamal Musiala menambah gol kedua di minit 68.

Jerman layak ke suku akhir dan lawan berikutnya antara pemenang Sepanyol atau Georgia yang akan turun beraksi awal pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 9:07 PM