RUBEN Vargas lepaskan rembatan cantik untuk gol kedua Switzerland menentang Itali. FOTO Agensi
RUBEN Vargas lepaskan rembatan cantik untuk gol kedua Switzerland menentang Itali. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Pemain sayap Switzerland, Ruben Vargas akui gol kedua yang dijaringkannya berpunca daripada kata-kata semangat ketua pasukan, Granit Xhaka ketika waktu rehat di bilik persalinan.

Vargas meledak satu gol cantik sebaik babak kedua bermula di mana dia melepaskan satu rembatan lencong dari luar kotak penalti yang tepat menuju jaring Itali sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 buat Switzerland.

"Beberapa saat sebelum babak kedua bermula, Xhaka berkata kepada saya yang saya boleh melakukan sesuatu dan menjaringkan gol.

"Dia kata lagi, tolonglah jaringkan gol kamu boleh lakukannya...dan sebaik wisel babak kedua bermula, saya dapat peluang di luar kotak penalti dan teringat kata-kata Xhaka sebelum saya buat rembatan itu.

"Saya hanya lepaskan satu percubaan dan tak sangka ia menerjah jaring Itali," katanya.

Hasil daripada jaringan itu, ia nyata 'membunuh' semangat pemain Itali yang sebelum itu ketinggalan pada minit 37 menerusi jaringan Remo Freuler.

Vargas dan rakan sepasukannya bakal menanti pemenang antara England atau Slovakia yang akan turun awal pagi ini, dan pemenang akan berdepan Switzerland di suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 8:09 PM