Persembahan Madonna ketika menyertai Perhimpunan Wanita di Washington, Isnin lalu. - Foto AP
Persembahan Madonna ketika menyertai Perhimpunan Wanita di Washington, Isnin lalu. - Foto AP
Agensi

Los Angeles: Susulan sokongan ikon pop antarabangsa Madonna menyertai Perarakan Wanita serta berucap "ada memikirkan untuk meletupkan Rumah Putih", stesen radio Texas mengharamkan lagu penyanyi itu.

Menurut laporan Billboard, HITS 105 akan mengeluarkan lagu penyanyi itu daripada senarai.

"Mengharamkan semua lagu Madonna bukan kerana sebab politik, tapi kerana semangat patriotisme. Tindakan salah kepada kami jika menyiarkan lagu Madonna dan membayar royalti kepadanya apabila penyanyi itu menunjukkan sentimen anti-Amerika," kata pengurus stesen radio itu Terry Thomas.

Sabtu lalu, bintang pop itu berucap ketika perarakan membantah Trump sebagai presiden Amerika Syarikat di Washington.

Susulan kritikan hebat, Madonna memohon mereka yang mengkritiknya untuk memahami maksud sebenar apa yang diucapkannya.

"Saya bukan ganas. Saya tidak menggalakkan keganasan," tulisnya dalam Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 10:31 PM