VAN de Beek semakin hampir ke United. FOTO Agensi
VAN de Beek semakin hampir ke United. FOTO Agensi
Agensi

RAFAEL van der Vaart percaya Donny van de Beek berhak berpindah ke Manchester United selepas dia memuji bintang Ajax itu memilih untuk menukar angin di Old Trafford.

United semakin hampir untuk menandatangani pemain Ajax itu selepas bersetuju dengan tawaran yang ditetapkan gergasi Eredivisie itu, yang mengetepikan pemain kelahiran Belanda itu untuk aksi persahabatan menentang Eintracht Frankfurt.

Van de Beek juga dikaitkan dengan dua kelab La Liga Barcelona dan Real Madrid namun pemain berusia 23 tahun itu dilihat bersedia untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nilai perpindahan yang mampu mencecah £40 juta (RM223 juta).

Bekas bintang Ajax dan Belanda, Van der Vaart, yang juga pernah beramain di Tottenham di EPL, memuji Van de Beek dan percaya The Red Devils akan mendapat manfaat di atas kehadiran pemain itu,

"Donny berhak dengan perpindahan ini. Dia sudah beraksi dengan cemerlang untuk Ajax.

"Manchester United sangat memerlukan pemain seperti ini dalam pasukan mereka. Perpindahan ini sangat luar biasa buat kami (orang Belanda). Kami akan sentiasa mengikuti perkembangannya dari sekarang. Perpindahan ini sangat berhak untuk berlaku," katanya.

Van de Beek yang juga produk akademi Ajax menghabiskan lima musim dengan skuad utama kelab berkenaan dan beraksi hampir 200 kali dalam semua kejohanan.

Van de Beek adalah salah seorang bintang yang membantu Ajax berjaya mara ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara 2018-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 2:07 PM