Penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia Jaffry Jaafar, 48, maut manakala isterinya Norshakila Bahanudin, 45, cedera parah dalam kemalangan di Hatyai kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan) hari ini. - Foto Bernama
Penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia Jaffry Jaafar, 48, maut manakala isterinya Norshakila Bahanudin, 45, cedera parah dalam kemalangan di Hatyai kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan) hari ini. - Foto Bernama
BERNAMA

Hatyai: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di sini, hari ini.

Pegawai siasatan Balai Polis Hatyai Kapt Thirathat Thammarat berkata, kejadian pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Khancanawanit mengorbankan Jaafary Jaafar, 48, berasal dari Johor.

Isterinya yang cedera parah dalam kemalangan itu dikenali sebagai Nor Syakila Burhanuddin, 45, dari Johor dan merupakan pembonceng motosikal malang itu.

"Warga Malaysia itu peserta dalam konvoi 10 rakyat negara itu menaiki lima buah motosikal dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka selepas bercuti di Thailand," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Beliau berkata, penunggang motosikal warga Thailand itu mengalami kecederaan parah dan akan disiasat polis apabila keadaan kesihatannya mengizinkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 7:57 PM