Jenazah Allahyarham Jaffry tiba di kediaman keluarganya di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Jenazah Allahyarham Jaffry tiba di kediaman keluarganya di Taman Kota Puteri, Pasir Gudang. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Jenazah penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut di Hatyai,  Allahyarham Jaffry Jaafar, 48, selamat tiba di kediaman keluarga di Jalan Cenderai 9, Taman Kota Puteri, Masai, 9.45 pagi hari ini.

Ketibaan jenazah disambut pilu ahli keluarga dan saudara-mara Jaffry yang berkumpul di kediaman keluarga seawal 6 pagi.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Hajah Maznah di Taman Megah Ria, Masai dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai sebelum Zohor.

Kejadian berlaku pada 9.30 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu (3 Januari) di Jalan Khancanawanit.

Isterinya arwah, Nor Syakila Burhanuddin, 45, yang membonceng motosikal mengalami kecederaan.

Arwah antara 10 peserta konvoi menaiki lima motosikal dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas bercuti di Thailand.

Tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 10:58 AM