Jenazah Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Ehsan, Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto Fail
Jenazah Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Ehsan, Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto Fail
BERNAMA

Hatyai: Polis Hatyai menahan rakan kepada Mohd Nizam Ahmad Basrah yang mati ditembak di sini, dua hari lalu, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Timbalan Ketua Polis Hatyai, Khittichai Sankha-thavorn, berkata lelaki warga Thai itu yang ditahan di sini, dipercayai ada bersama-sama mangsa sebelum Mohd Nizam ditembak mati ketika menunggang motosikal.

"Satu pasukan khas polis ditubuhkan untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini," katanya di sini, hari ini.

Mangsa berusia 28 tahun, berasal dari Pulau Pinan, ditembak mati di Jalan Phadungpakdee ketika sedang menunggang motosikal seorang diri menuju ke sebuah hotel kira-kira 3.30 pagi.

Mayatnya ditemui terbaring berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan punggung.

Polis turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang mengumpul maklumat penting bagi merungkai motif pembunuhan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mei 2016 @ 9:22 PM