Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian pesawat terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan TUDM hari ini turut mengesahkan kejadian 5.18 petang itu mengakibatkan seorang daripada anak kapal pesawat Beechcraft B200T berkenaan meninggal dunia.

Katanya, tiga lagi anak kapal yang cedera sudah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Setakat ini, pihak keluarga anak-anak kapal yang terbabit dalam kemalangan itu sudah dimaklumkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 7:56 PM