RAKAMAN gambar tular di media sosial
RAKAMAN gambar tular di media sosial
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Subang: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, 1 petang tadi.

TUDM dalam kenyataan hari ini berkata, pesawat jenis Beechcraft B200T itu membawa empat anak kapal ketika kejadian.

"Pesawat No 16 Skuadron berkenaan sedang melaksanakan latihan penebangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 11.27 pagi tadi.

"Pesawat terbabit melaksanakan pendaratan cemas pada 1 tengah hari dan semua anak kapal dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan," menurut kenyataan itu hari ini.

TUDM berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden berkenaan berlaku.

Terdahulu media melaporkan sebuah pesawat milik TUDM terbabas dari landasan dipercayai akibat kegagalan salah satu gear pendaratan pesawat berkenaan.

Kejadian itu tular selepas rakaman insiden berkenaan berdurasi 32 saat dimuat naik di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 4:37 PM