PARK Bo Gum disambut peminat di KLIA. FOTO ihsan 8TV
PARK Bo Gum disambut peminat di KLIA. FOTO ihsan 8TV
PARK Bo Gum disambut peminat di KLIA. FOTO ihsan 8TV
PARK Bo Gum disambut peminat di KLIA. FOTO ihsan 8TV
Shakilawati Abdul Rahman


Sepang: Lebih 500 peminat menyambut ketibaan pelakon popular Korea Selatan, Park Bo Gum di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Bo Gum yang pertama kali datang ke negara ini tiba kira-kira 11 malam tadi.

Kehadiran Bo Gum adalah sempena program Sesi Bersama Peminat yang akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Sabtu ini.

Bo Gum yang popular dengan drama Love in the Moonlight dan Reply 1988 adalah antara bintang Korea Selatan paling popular bukan saja di negaranya, tetapi seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 11:53 PM