SESI latihan Kris Dayanti dan Hafiz di Wangsa Maju. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
SESI latihan Kris Dayanti dan Hafiz di Wangsa Maju. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Oleh Michelle Gun


Kuala Lumpur: Diva Indonesia, Krisdayanti sudah tidak sabar bertemu peminatnya pada konsert solo bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam esok.

Lebih menarik, penyanyi lagu Menghitung Hari itu akan ditemani anak sulungnya, Titania Aurelie (Aurel) serta penyanyi popular Malaysia, Hafiz Suip.

Krisdayanti ketika ditemui di sesi latihan konsert bersama Hafiz, berkata dia bakal mendendangkan 27 lagu.

“Saya dan Hafiz akan duet lagu Cinta dan Ombak Rindu manakala tiga lagu medley lagi bersama Aurel,” katanya, malam tadi.

Kali terakhir mengadakan persembahan di negara ini pada 2007, penyanyi itu berkata dia dan anaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk persembahan esok.

“Istimewanya, saya juga akan menyanyikan lagu tribute untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sheila Majid,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 10:42 PM