PARK Bo Gum
PARK Bo Gum
Georgie Joseph

georgie@ hmetro.com.my

Annyeonghaseyo! Tidak dinafikan Park Bo Gum adalah antara pelakon paling ‘hot’ di Korea Selatan sekarang selepas meletup dengan drama Moonlight Drawn By Clouds.

Selain itu, peminat juga kagum dengan kemampuan Bo Gum sebagai penyanyi apabila tampil menyanyikan lagu runut bunyi drama berkenaan.

Apa yang pasti, ramai yang terkejut kerana dia bukan saja handal berlakon, tetapi turut hebat sebagai penyanyi.

Rupa-rupanya, Bo Gum memang pernah menjalani latihan sebagai penyanyi sebelum ini. Bagaimanapun, dia akhirnya memilih haluan sebagai pelakon.

Sejak di bangku sekolah, Bo Gum sangat mencintai bidang nyanyian dan menyimpan impian menjadi penyanyi.

Rakaman nyanyiannya bermain piano mendapat perhatian tiga agensi gergasi iaitu SM, YG dan JYP Entertainment.

Namun, ketiga-tiga agensi popular itu terpaksa gigit jari apabila Bo Gum menolak semua tawaran itu.

Agensi yang berjaya mendapatkan kepercayaannya untuk dijadikan pengurusan ialah agensi tempat dia bernaung sekarang iaitu Blossom Entertainment.

Lebih menarik, dia memilih menjadi pelakon dan melupakan impian menjadi penyanyi.

Walaupun Bo Gum diambil agensi berkenaan disebabkan bakat nyanyiannya, tetapi kemampuan lakonannya serta-merta mengagumkan Blossom.

Keputusan Bo Gum itu ternyata tepat apabila dia kini antara pelakon paling disegani di Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 3:28 AM