PERMINTAAN paling banyak disuarakan pemuja Bo Gum sempena kemunculannya.
PERMINTAAN paling banyak disuarakan pemuja Bo Gum sempena kemunculannya.

Bagi pencinta drama bersiri Love in the Moonlight, tentunya lakonan bintang popular Korea Selatan, Park Bo Gum berjaya ‘mencairkan’ hati mereka. Tidak hanya berbekalkan wajah kacak, Bo Gum juga berbakat besar, malah lakonannya tidak pernah mengecewakan.

Terbaru, bintang ini bakal membuat kemunculan pertamanya di Malaysia menerusi acara Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 10 Disember ini, 7.30 malam di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada acara berdurasi dua jam itu, Bo Gum bakal menghiburkan peminat Malaysia dan turut serta dalam pelbagai aktiviti antaranya Fan Project Involvement.

Menerusi aktiviti itu, peminat diberi peluang mengemukakan pertanyaan kepada Bo Gum, menyampaikan permintaan untuk Bo Gum beraksi di pentas serta mengundi babak terbaik dalam drama Love in the Moonlight dan Reply 1988.

Antara permintaan yang paling banyak disuarakan peminatnya adalah menyaksikan Bo Gum melakukan tarian Boombastic dan lebih menarik pelakon terkenal itu akan menyanyikan lagu My Dearest.

Bo Gum yang terkenal dengan sikap merendah diri itu turut merancang kejutan berinteraksi dengan peminatnya.

Sehingga kini, separuh daripada tiket Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur sudah habis dijual secara online, malah pemegang tiket VIP berpeluang mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bergambar dengan Bo Gum.

Selain itu, 50 peminat bertuah akan menerima poster eksklusif yang ditandatangani Bo Gum di samping turut serta dalam sesi Goodbye Session dan bertemu Bo Gum secara dekat.

Tiket Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur boleh didapati menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dengan harga RM390, RM490, RM590 dan RM690 (VIP).

Peminat juga boleh mendapatkan tiket menerusi zon tiket eksklusif di CJ Wow Shop dengan melayari laman web www.cjwowshop.com.my dengan harga RM690 (VIP L2) dan setiap pembelian tiket di laman web itu akan menerima cenderahati menarik.

Khas buat peminat Bo Gum, Harian Metro memberikan dua tiket kepada 10 pemenang bertuah yang menyertai peraduan Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur di Instagram @myhmrap.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2016 @ 12:27 PM