PENUNJUK perasaan melaungkan slogan menggesa Park meletak jawatan ketika mengadakan demonstrasi berhampiran istana presiden di Seoul, semalam.  - AP
PENUNJUK perasaan melaungkan slogan menggesa Park meletak jawatan ketika mengadakan demonstrasi berhampiran istana presiden di Seoul, semalam. - AP
Agensi

Seoul: Ratusan ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya ini semalam, Sabtu keenam berturut-turut untuk menuntut penyingkiran Presiden Park Geun-Hye menjelang undi untuk mendakwanya di Parlimen.

Tunjuk perasaan itu diadakan beberapa jam selepas parti pembangkang memfailkan usul mendakwa Park yang akan diadakan Jumaat depan.

Sama ada usul itu diterima atau tidak, Park akan menjadi pemimpin Korea Selatan pertama yang dipilih secara demokratik yang tidak akan memenuhi penggal lima tahun perkhidmatannya.

Skandal yang dihadapi pemimpin berusia 64 tahun itu sehingga melumpuhkan pentadbirannya tertumpu kepada hubungan dengan orang yang sudah sekian lama dia percaya, Choi Soon-Sil.

Choi sudah berdepan tuduhan mencampuri hal ehwal negara dengan menggunakan hubungannya dengan Park untuk memaksa puluhan syarikat mendermakan sekitar AS$70 juta (RM311 juta) kepada dua yayasan yang dikuasainya.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 5:08 AM