Geun Hye didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. FOTO EPA-EFE/AFP
Geun Hye didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. FOTO EPA-EFE/AFP
Agensi

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah turut mengarahkan Geun-hye membayar denda sebanyak 18 bilion won (RM65.56 juta).

“Jumlah rasuah yang diminta atau diterima tertuduh dengan kerjasama rakan baiknya Choi Soon-sil, adalah lebih 23 bilion won (RM83.77 juta)

“Oleh itu, saya menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan denda 18 bilion won kepada tertuduh,” kata Hakim Kim Se-Yoon.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 3:52 PM