YASIN.
YASIN.
Ardini Sophia Sina


Lagu Mimpi Laila berjaya mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air sekali gus meletakkan nama Yasin Sulaiman dalam barisan penyanyi dan komposer disegani pada 2001.

Malah lagu dari album solo pertama itu turut menjulangnya sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL). Selepas Mimpi Laila, Yasin muncul dengan dua lagi album, Salsabila dan Arus Qudus.

Meniti arus populariti, bekas anggota kumpulan nasyid The Brothers itu mengambil keputusan untuk menumpukan kerja di belakang tabir selepas berumah tangga. Dia hanya menghasilkan lagu serta menulis lirik.

Dalam tempoh itu, hanya lagunya menjadi peneman peminat Yasin. Tidak ada lagi lagu baru yang didendangkannya. Hanya lagu-lagu ciptaannya yang membuatkan diri wujud dalam industri seni.

Kini Yasin kembali dengan semangat baru dan albumnya sudah siap dirakam dengan sembilan lagu yang bakal dilancarkan pada Oktober depan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 5:40 AM