ALBUM terbaru SonaOne, Growing Up Sucks berkisar kehidupannya ketika peralihan usia.
ALBUM terbaru SonaOne, Growing Up Sucks berkisar kehidupannya ketika peralihan usia.
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Dalam kalangan penyanyi hip hop, nama SonaOne, 28, kini antara menjadi sebutan.

Gandingannya dengan Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar dan Evo meletakkan penyanyi bernama sebenar Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach ini dalam kelas tersendiri.

Walaupun popular dengan lagu Melayu, SonaOne sinonim dengan bahasa Inggeris apabila 12 lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbarunya Growing Up Sucks adalah dalam bahasa antarabangsa itu.

Walaupun lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturannya, jejaka kacukan Melayu-Perancis ini tidak menolak idea untuk menghasilkan album penuh bahasa Malaysia.

Dia kini giat mempelajari bahasa Malaysia bagi membantu penguasaannya dalam menghasilkan lirik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 5:38 AM