- Foto hiasan
- Foto hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Tampin: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri sebuah kereta.

Tertuduh M Sathia Murthy, 34, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada jam lebih kurang 5.30 petang, 4 Julai lalu didapati mencuri sebuah kereta jenis Proton Wira kepunyaan orang lain

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan sebuah kedai elektrik di Tampin.

Oleh yang demikian tertuduh melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut dikenakan denda RM2,000 oleh mahkamah dan boleh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 4:42 PM