KEADAAN kereta yang hangus dijilat api. FOTO ihsan bomba
KEADAAN kereta yang hangus dijilat api. FOTO ihsan bomba
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Sebanyak 44 kereta pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kereta di Kampung Ribu, Kuala Sawah, di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.46 tengah malam mengerahkan 13 anggota dan empat jentera ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba api dilihat marak membakar kesemua kereta berkenaan yang diletakkan diperkarangan bengkel.

"Pihak kami (bomba) cuba mengawal api daripada merebak. Api dapat dipadamkan sepenuhnya jam 3.30 pagi.

"Namun begitu 44 kereta terbabit musnah dijilat api," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan lebih RM1.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 11:10 AM