SEREMBAN, 29 Mei --  Anggota unit forensik bomba sedang menjalankan siasatan dalam kejadian  44 buah kereta musnah dalam  kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.     Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badroltamam Abd Aziz berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba dilokasi kejadian 39 minit kemudian.    Badroltamam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Polis tidak menolak kemungkinan unsur khianat menyebabkan 44 kereta di sebuah bengkel di Kampung Ribu, Kuala Sawah, di sini, musnah terbakar tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.45 malam dan mengerahkan pasukan polis forensik ke lokasi bersama bomba.

Katanya, siasatan awal mendapati wujud unsur khianat dan beberapa bukti ditemui, termasuk bahan pemangkin berbentuk cecair yang menyebabkan kebakaran, sedang diteliti.

“Siasatan bomba juga mengesahkan kebakaran tidak berlaku semulajadi atau litar pintas.

"Sehubungan itu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 9:07 PM