FOTO Mohammad Ishak
FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak

Permaisuri: Empat kereta hangus dalam kebakaran bengkel di Kampung Calok Barat, dekat sini, awal pagi ini.

Da daripada empat kenderaan terbabit musnah sama sekali, dalam kejadian kira-kira 2 pagi.

Pemilik bengkel, Abdul Hamid Deraman, 50, berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya yang terletak berhampiran bengkel.

"Saya ada dengar bunyi letupan di luar rumah dan terus keluar sebelum mendapati satu daripada kereta sedang terbakar.

"Tanpa berlengah, saya menelefon bomba. Tidak lama kemudian, api mula marak dan menyambar tiga lagi kereta berhampiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 6:48 PM