RAHMAH (kiri) kelihatan sugul selepas mendengar siaran langsung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kehilangan helikopter. FOTO Supian Ahmad
RAHMAH (kiri) kelihatan sugul selepas mendengar siaran langsung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kehilangan helikopter. FOTO Supian Ahmad
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Mohamad Hairi Azmi Tham


Kuala Kangsar: "Ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila anaknya hilang tanpa dapat dikesan dan kini hanya doa sebagai penguat semangat saya dan keluarga," kata Rahmah Abdullah, 76.

Rahmah ialah ibu kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad,56, yang berada dalam helikopter yang hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, semalam.

Dalam nada sedih, Rahmah berkata, dia terkejut apabila menerima berita itu semalam daripada anak bongsunya dan sehingga kini tidak henti-henti mendoakan keselamatan anaknya itu.

"Walaupun saya sedih dan risau namun saya masih mengharapkan anak saya selamat dan berharap semua mendoakan supaya mereka selamat.

"Dia (Datuk Wan Mohammad Khair-il) adalah anak yang baik dan seorang yang terlalu minat politik sehingga seluruh jiwanya diserahkan dalam politik," katanya yang ditemui di rumahnya selepas mendengar sidang media oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berita berkaitan

Air sungai pasang beri cabaran

Jumpa serpihan helikopter

'Saya tak hilang' kata Abidin

Gerak hati seorang adik

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 12:07 PM