Sebahagian rumah yang terbakar. FOTO ihsan pembac
Sebahagian rumah yang terbakar. FOTO ihsan pembac
Norasikin Daineh

Tawau: Dianggarkan lebih 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak ke tempat lain sehingga memusnahkan lebih banyak rumah di kawasan berkenaan.

Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.33 pagi dan seramai 34 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba Kunak hadir memadamkan kebakaran.

€ŽOperasi memadam kebakaran segera dilakukan namun pihak bomba mengalami kesukaran kerana keadaan laluan yang sempit dan tekanan air yang rendah.

"Selain itu pihak bomba terpaksa menggunakan sumber air terbuka dari sungai berhampiran dan tangki air Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk memadamkan kebakaran terbabit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Ismaidi, api berjaya dikawal pada jam 5.39 pagi‎ namun operasi memadam bara api masih dilakukan sehingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 8:22 AM