RUMAH yang musnah terbakar di Kampunh Titingan, Tawau. FOTO ihsan Bomba
RUMAH yang musnah terbakar di Kampunh Titingan, Tawau. FOTO ihsan Bomba
Nasrawati Syarifuddin

LELAKI warga emas maut dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, tengah malam tadi.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, mangsa Sabon Ola, 82, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tawau.

"Susulan kebakaran itu, mangsa pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tawau namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

"Operasi memadam kebakaran tamat pada 4.03 pagi dan kebakaran membabitkan 60 rumah yang musnah," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi memadam kebakaran membabitkan empat jentera dan empat utiliti bersama 31 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan Kunak.

"Kebakaran membabitkan keluasan 0.4 hektar yang terbakar sepenuhnya," katanya.

Pada 12.40 tengah malam tadi, kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak dan memusnahkan puluhan rumah yang lain.

Berita berkaitan:

Kampung Titingan berapi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 10:22 AM