KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau. (Gambar kecil) Anggono Jaya. FOTO Nasrawati Syarifuddin
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Tawau. (Gambar kecil) Anggono Jaya. FOTO Nasrawati Syarifuddin
Nasrawati Syarifuddin

“SEORANG anak saya menjerit rumah jiran berhampiran terbakar, lalu mengarahkan isteri serta anak keluar menyelamatkan diri.

"Hanya dokumen dan beberapa helai baju sahaja yang kami dapat selamatkan," kata Anggono Jaya, 67, seorang mangsa kebakaran di Kampung Titingan, Tawau, tengah malam tadi.

Menceritakan detik cemas itu, Anggono berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama isteri dan tiga anaknya berusia 25 hingga 38 tahun.

"Ketika itu, saya dan anak-anak sedang tidur di dalam rumah. Tiba-tiba anak ketiga saya keluar dan menjerit mengatakan rumah jiran terbakar.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus arah anak-anak dan isteri untuk memasukkan dokumen penting ke dalam guni bersama beberapa helai baju sebelum keluar dari rumah," katanya ketika ditemui.

Anggono berkata, dia hanya dapat melihat rumahnya terbakar dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana api cepat marak serta angin kencang ketika itu.

"Saya redha, yang penting anak-anak dan isteri saya selamat.

"Syukur ada anggota bomba dan penduduk kampung membantu memadam api daripada terus merebak ke kawasan lain," katanya.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam tadi, lebih 300 penduduk hilang tempat tinggal selepas 60 rumah di kampung berkenaan musnah terbakar.

Polis turut menahan lelaki dipercayai memulakan kebakaran itu.

Berita berkaitan:

Nak kena halau punya pasal

Warga emas maut

Kampung Titingan berapi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 2:14 PM