Peserta termuda,  Zulhairi Abdullah,16, (kiri) bersama kakak dan abangnya Norhasfiza Abdullah, 25, dan Azizi Abdullah, 17, membuat pemeriksaan sebelum meneruskan kayuhan beca berlepas dari Ipoh hari ini. - Foto Bernama

Berusia 74 tahun namun Mohd Ridwan Rusdi masih gagah mengayuh beca sejauh ratusan kilometer. - Foto ASRIZAL ARIS
Berusia 74 tahun namun Mohd Ridwan Rusdi masih gagah mengayuh beca sejauh ratusan kilometer. - Foto ASRIZAL ARIS
BERNAMA

Ipoh: Faktor usia bukan penghalang Mohd Ridwan Rusdi, 74, untuk menamatkan kayuhan dari Melaka ke Perlis sejauh 747 kilometer pada Program Kayuhan Beca Melaka sempena Siri Jelajah Beca 1Malaysia bermula Selasa lalu.

Mohamad satu-satunya warga emas menyertai 37 rakannya mengayuh beca merentasi lapan negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, selama 13 hari sehingga 6 Mac ini.

Warga emas yang mempunyai lima anak itu berkata, beliau menyertai program kayuhan itu secara sukarela untuk berkayuh sehingga ke Perlis.

"Walaupun sudah tua, insya-Allah saya dapat menamatkan kayuhan bersama rakan lain," katanya pada Majlis Perasmian Beca 1Malaysia Bagi Promosi Tahun Melawat Perak 2017 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini, malam tadi.

Mohamad yang tinggal di Klebang Besar, Melaka, sebelum ini pekerja kontrak dan mula mengayuh beca sejak berumur 60 tahun sebagai punca rezekinya.

Sementara itu, Zulhairi Abdullah, 16, dari Bukit Cina, Melaka, ialah peserta termuda yang menyertai program itu.

Zulhairi berkata untuk menyertai program itu, dia menghantar surat kebenaran cuti yang disediakan Kelab Pemilik Beca Melaka kepada sekolah.

"Saya menyertai program ini kerana dipelawa kakak, abang dan bapa saudara yang turut sama menyertai kayuhan ini," katanya yang mula mengayuh beca tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Februari 2016 @ 7:23 PM