Anggota bomba memadamkan kebakaran lori tangki. - Foto Dawn News
Anggota bomba memadamkan kebakaran lori tangki. - Foto Dawn News
AFP

Lahore, Pakistan: Enam murid sekolah antara sekurang-kurangnya 10 yang terbunuh apabila kebakaran sebuah lori tangki membawa gas petroleum cecair (LPG) yang bertembung dengan kereta menyambar kenderaan lain termasuk dua beca yang membawa mangsa.

Kejadian tengah hari tadi turut menyebabkan 17 lagi cedera dan berlaku di jalan raya sibuk di daerah Sheikhupura, wilayah Punjab.

Menurut polis, kereta berkenaan merempuh lori tangki berkenaan ketika membuat pusingan U.

Kebakaran lori tangki itu menyambar dua lagi kereta, dua motosikal serta dua beca yang membawa kanak-kanak malang itu.

Menurut pasukan penyelamat, turut terbunuh dalam kejadian itu ialah dua wanita. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 6:17 PM