VAN yang dinaiki 19 sekeluarga dirempuh kereta api. FOTO AGENSI
VAN yang dinaiki 19 sekeluarga dirempuh kereta api. FOTO AGENSI
AFP

LAHORE, PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 19 penganut Sikh - dari keluarga yang sama terbunuh selepas van yang dinaiki dirempuh kereta api.

Pemandu van memandu melalui lintasan berkenaan yang tidak dikendalikan petugas dan dirempuh kereta api dalam kejadian berhampiran bandar kecil Farooqabad.

"Pemandu van mengambil keputusan tergesa-gesa dengan memandu ke trek berkenaan," kata jurucakap kereta api Pakistan, Quratul Ain kepada AFP, sambil menambah bahawa penumpang adalah semua penganut Sikh.

Jurucakap polis tempatan, Wajid Abbas mengesahkan bahawa semua yang mati itu berasal dari keluarga yang sama dan lapan individu lain berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Tidak ada penumpang kereta api yang cedera.

Kumpulan berkenaan yang berasal dari utara negara itu kembali dari lawatan ke Nankana Sahib, tempat kelahiran pengasas Sikhisme, Guru Nanak, berhampiran Lahore.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 8:53 PM