GUNUNG Denali. FOTO AFP
GUNUNG Denali. FOTO AFP
Hafiz Ithnin

Kuala Lumpur: Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles mengesahkan seorang warganegara Malaysia meninggal dunia ketika ekspedisi pendakian di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat.

Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham dan memberikan bantuan konsular sewajarnya.

"Pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan usaha membawa turun jenazah dari kawasan pergunungan giat dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca.

"Kementerian juga ingin mengesahkan bahawa dua orang lagi pendaki warganegara Malaysia telah dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan," katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, Konsulat Jeneral Malaysia sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Pendaki Malaysia meninggal dunia di Gunung Denali, Alaska

ACM lapor insiden ke Konsulat Malaysia

Cemas di Denali

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2024 @ 1:08 PM