ZULKIFLI Yusof
ZULKIFLI Yusof
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Kelab Alpine Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook.

"Selepas bedah siasat selesai, proses selanjutnya ialah mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk urusan membawa jenazah kembali ke Malaysia, dibantu oleh Konsular General Malaysia di Los Angeles dan pihak syarikat insurans," katanya.

Sementara itu, hantaran tersebut turut memaklumkan mengenai tahap kesihatan pendaki Zainudin Lot yang semakin baik dan dibenarkan keluar dari hospital di Talkeetna, Alaska pada Ahad.

"Sementara itu Muhammad Illaham Ishak masih menjalani rawatan di hospital di ⁠Anchorage. ⁠Wakil Kelab Jelajah Alpine Norsafrina Shamsir Md Nasir yang kini berada di Talkeetna, Alaska akan membantu urusan untuk mengambil peralatan mendaki yang kini masih berada di pergunungan Denali, yang perlu dikeluarkan oleh pihak berkuasa Taman Negara Denali," katanya.

Semalam, Kelab Alpine Malaysia memaklumkan jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki di Gunung Denali di Alaska dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi, 1 Jun (waktu tempatan).

Zulkifli sempat hantar isyarat kecemasan kepada ahli keluarga

Jenazah pendaki, Allahyarham Zulkifli selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska

Zulkifli pendaki berpengalaman pergunungan beraltitud tinggi

'Walau apa berlaku, aku tetap dengan kau'

Cemas di Denali

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2024 @ 4:18 PM