AMZAN (tiga dari kiri) menunjukkan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Kuantan. FOTO Asrol Awang
AMZAN (tiga dari kiri) menunjukkan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Kuantan. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang

Kuantan: Seramai 517 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pahang memperoleh semua A, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Amzan Abd Malek.

Menurutnya, jumlah itu berbanding 16,782 calon berdaftar, dengan 15,918 orang atau 94.85 peratus layak menerima sijil.

"Bagi Gred Purata Negeri (GPN), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.21 menjadi 4.36, berbanding tahun lalu 4.57.

"Sementara Bagi Gred Purata Mengikut Lokasi, pencapaian calon bandar meningkat 0.17 menjadi 4.22 berbanding 4.39, dan pencapaian calon luar bandar 4.61," katanya pada Sidang Media Pengumuman Keputusan SPM 2023 Peringkat Pahang di sini hari ini.

Amzan juga memaklumkan 10 sekolah masing-masing lima di Kuantan dan satu di Bentong, Pekan, Jerantut, Rompin dan Raub disenaraikan sebagai sekolah Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 1:19 PM